Sekolah
merupakan tempat pendidikan yang utama. Sekolah juga adalah merupakan institusi
yang akan melahirkan generasi insan yang berilmu serta berpengetahuan. Orang
yang berilmu akan dimuliakan Allah serta dihormati dan disanjung oleh
masyarakat.Orang berilmu dimuliakan Allah serta dihormati dan disanjung oleh
masyarakat. Sekolah memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan
generasi yang beriman dan bertaqwa disamping dapat membentuk syakhsiah, akhlak
dan intelek seseorang. Sekolah juga adalah tempat yang mulia bagi membentuk
masyarakat yang sejahtera.
Maka atas
kesedaran itulah penduduk Kampung Rawai dan sekitarnya seperti Kampung Pak
Madah, Kampung Alur Limbat, Kampung Padang Limau Nipis, Kampung Binjai Bongkok
dan Kampung Bukit Damar telah bersepakat untuk mendirikan sebuah bangunan bagi
membolehkan anak-anak mereka belajar dan menerima pendidikan yang sempurna di
kampung sendiri
Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai bermula sebagai sebuah sekolah rakyat dengan bangunan bangsal beratap nipah berukuran 60 kaki panjang. Sekolah ini telah didirikan atas usaha Allahayarham Encik Awang b Mat Amin, Penghulu Besar Mukim Alur Limbat dengan kerjasama penduduk kampung yang lain pada 24 Februari 1951 di atas sebuah tanah seluas 6.819 ekar kepunyaan Allahyarham Encik Jusoh b Said yang telah diambil oleh kerajaan dengan bayaran sebanyak RM 400 seekar.
Antara
bangunan yang terawal didirikan selepas bangunan bangsal dirobohkan
Pada masa
sekolah ini dibuka, Pejabat Pendidikan Terengganu telah menghantar Guru Besar
Encik Othman b Awang dan lima orang guru yang kesemuanya terdiri daripada guru
rakyat. Murid yang didaftarkan adalah seramai 50 orang. Encuk Ismail b Abdul
Rahman yang dilantik sebagai Guru Besar pada 2 Ogos 1952 adalah guru kerajaan
yang mula-mula sekali berkhidmat di sekolah ini.
Pada 30
September 1956, bangunan bangsal lama telah dirobohkan dan diganti dengan
sebuah bangunan kayu berlantaikan simen dan beratapkan asbestos yang
mengandungi empat buah bilik darjah. Pada tahun 1976 pula bangunan dua tingkat
dan sebuah bangunan kantin telah dibina. Kemudian, bermula dari tahun 1985
hingga 1987, sebanyak Sembilan buah bilik darjah lagi telah dibina di bawah
projek kilat dan pada tahun 1989 sebuah lagi bangunan kayu empat bilik darjah
telah disiapkan hasil gotong-royong penduduk setempat.
Murid-murid
dan bangunan sekolah pada awal tahun 70 an
Suasana
kelas dan pembelajaran pada awal tahun 70 an
Dari
segi pentadbiran pula, pada 12 Ogos 1957 sebuah jawatankuasa sekolah dibentuk
dengan dipengerusikan oleh Khatib Mamat b Abdullah dan pada 1 Oktober 1958,
Jawatankuasa Sekolah telah dibubarkan dan diganti dengan sebuah Jemaah Pengurus
yang dipengerusikan oleh Encik Salleh b Said. Pada tahun 1973 pula Persatuan Ibu
Bapa dan Guru telah ditubuhkan dan Tuan Haji Abdullah b Mohammad dilantik
sebagai pengerusi pertamanya.
Sekolah
ini telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan memberansangkan dari segi
bilangan murid dan guru. Bermula dari seramai 50 orang murid yang didaftarkan
pada tahun 1951, ia mula meningkat ke angka 377 orang pada awal tahun 1980 dan
terus betambah kepada 572 orang menjelang akhir tahun tersebut. Guru-guru juga
bertambah dari lima orang guru pada tahun permulaan iaitu tahun 1951 kepada 26
orang menjelang tahun pada 1980 an.
Seterusnya
pada tahun 2001, seramai 40 orang tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini dengan
bilangan murid seramai 746 orang di bawah pentadbiran Guru Besar Puan Mahani bt
Ismail sehingga pada tahun 2004.
Dua
buah bangunan tambahan sedang dalam proses pembinaan
Pada
tahun 2011, tersergam dua buah bangunan empat tingkat bagi memenuhi keperluan
masa kini yang menempatkan bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik j-QAF,
bilik kesihatan, bilik muzik, koperasi, perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik
bimbingan dan kaunseling, dan bilik sukan.
baru jumpa blog sksr.. skolh rendah saya ni (2001-2006).. mohon ambik sejarah2 sksr untk tls dlm esei ilmiah sejarah kg rawai saya :)
ReplyDeletesudah lama tak tengok sekolah lama dulu. Tempat sekolah ini lah tempat belajar dan menimba ilmu. Semua guru pun dah banyak tukar yang ada 2 atau 3 aja yang kenal. Banyak kenangan pahit dan manis sudah ditinggalkan. Semoga sekolah simpang rawai terus sukses pada masa depan.
ReplyDeleteBarulah tahu sejarah sesra dari darjah 1 sampai 4
ReplyDelete