Sunday 21 July 2013

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim SKSR

Pada Khamis, 18 Julai lalu Kelab Guru dan Kakitangan SK Simpang Rawai telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama 32 anak yatim sekolah buat julung kalinya. Majlis dimulakan pada jam 6.30 petang telah dihadiri YDP PIBG sekolah, Tuan Haji Ngah b Bidin, para guru, kakitangan serta anak-anak yatim bersama penjaga mereka. Mereka telah diraikan dan diberi sumbangan duit raya dan kurma. Semoga majlis seumpama ini terus diadakan pada tahun-tahun yang akan datang. Ramadhan Kareem..!

Guru Besar bersama AJK PIBG yang hadir

Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan aluan

Antara guru dan kakitangan yang hadir




Beratur dulu ye

Wah...! sedapnya


Senyuman anak-anak



Read more ...

Saturday 6 April 2013

English Carnival ( 2A Zone)

Place : SK Gondang
Date : 3rd of april 2013
Day : Tuesday

competition
1. Public Speaking : First Place
2. Story Telling : Consolatin prize
3. Action Song : 3rd place




Read more ...

Sunday 24 February 2013

Program Motivasi Murid RMT

Pada 21 Februari lalu telah diadakan program motivasi khas untuk murid RMT. Seramai lebih kurang 100 orang murid RMT yang terdiri daripada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam menyertai motivasi dan penerangan berkenaan dengan RMT bertempat di Makmal Komputer. Antara pengisian yang dijalankan bermula jam 8.00 pagi itu ialah penerangan daripada PK HEM dan motivasi yang disampaikan oleh En.Maliha @ Abd Aziz b Harun selaku guru Bimbingan dan Kaunseling SK Simpang Rawai. Semoga program yang dijalankan mendapat manfaat kepada murid-murid RMT.
Ucapan daripada PK HEM

Antara murid RMT yang hadir

Motivasi yang disampaikan oleh En.Maliha @ Abd Azizi b Harun

Sedikit penerangan daripada Penyelaras RMT

Read more ...

Sunday 17 February 2013

Majlis Pelancaran Minggu PSS Bersama Panitia Bahasa Melayu & NILAM

Pada hari Ahad, 17.2.2013, satu Majlis Pelancaran Minggu PSS bersama Panitia Bahasa Melayu dan NILAM telah diadakan di Dataran Lestari pada jam 8.00 pagi. Program NILAM telah dirasmikan olehdilancarkan oleh Tuan Guru Besar, manakala Minggu PSS bersama Panitia Bahasa Melayu dirasmikan oleh GPK Pentadbiran, Pn.Hasnah Md.Zin.


Majlis Perasmian NILAM

Pelancaran Panitia Bahasa Melayu

Deklamasi Sajak oleh Noor Hazri Hazrina bt Mat Asri Tahun 4C

Bercerita oleh Putri Anis Sofea bt Salim

Read more ...

Wednesday 6 February 2013

Sejarah SK Simpang Rawai


Sekolah merupakan tempat pendidikan yang utama. Sekolah juga adalah merupakan institusi yang akan melahirkan generasi insan yang berilmu serta berpengetahuan. Orang yang berilmu akan dimuliakan Allah serta dihormati dan disanjung oleh masyarakat.Orang berilmu dimuliakan Allah serta dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Sekolah memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa disamping dapat membentuk syakhsiah, akhlak dan intelek seseorang. Sekolah juga adalah tempat yang mulia bagi membentuk masyarakat yang sejahtera.

Maka atas kesedaran itulah penduduk Kampung Rawai dan sekitarnya seperti Kampung Pak Madah, Kampung Alur Limbat, Kampung Padang Limau Nipis, Kampung Binjai Bongkok dan Kampung Bukit Damar telah bersepakat untuk mendirikan sebuah bangunan bagi membolehkan anak-anak mereka belajar dan menerima pendidikan yang sempurna di kampung sendiri


Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai bermula sebagai sebuah sekolah rakyat dengan bangunan bangsal beratap nipah berukuran 60 kaki panjang. Sekolah ini telah didirikan atas usaha Allahayarham Encik Awang b Mat Amin, Penghulu Besar Mukim Alur Limbat dengan kerjasama penduduk kampung yang lain pada 24 Februari 1951 di atas sebuah tanah seluas 6.819 ekar kepunyaan Allahyarham Encik Jusoh b Said yang telah diambil oleh kerajaan dengan bayaran sebanyak RM 400 seekar.

Antara bangunan yang terawal didirikan selepas bangunan bangsal dirobohkan

Pada masa sekolah ini dibuka, Pejabat Pendidikan Terengganu telah menghantar Guru Besar Encik Othman b Awang dan lima orang guru yang kesemuanya terdiri daripada guru rakyat. Murid yang didaftarkan adalah seramai 50 orang. Encuk Ismail b Abdul Rahman yang dilantik sebagai Guru Besar pada 2 Ogos 1952 adalah guru kerajaan yang mula-mula sekali berkhidmat di sekolah ini.

Pada 30 September 1956, bangunan bangsal lama telah dirobohkan dan diganti dengan sebuah bangunan kayu berlantaikan simen dan beratapkan asbestos yang mengandungi empat buah bilik darjah. Pada tahun 1976 pula bangunan dua tingkat dan sebuah bangunan kantin telah dibina. Kemudian, bermula dari tahun 1985 hingga 1987, sebanyak Sembilan buah bilik darjah lagi telah dibina di bawah projek kilat dan pada tahun 1989 sebuah lagi bangunan kayu empat bilik darjah telah disiapkan hasil gotong-royong penduduk setempat.

Murid-murid dan bangunan sekolah pada awal tahun 70 an

Suasana kelas dan pembelajaran pada awal tahun 70 an

Dari segi pentadbiran pula, pada 12 Ogos 1957 sebuah jawatankuasa sekolah dibentuk dengan dipengerusikan oleh Khatib Mamat b Abdullah dan pada 1 Oktober 1958, Jawatankuasa Sekolah telah dibubarkan dan diganti dengan sebuah Jemaah Pengurus yang dipengerusikan oleh Encik Salleh b Said. Pada tahun 1973 pula Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhkan dan Tuan Haji Abdullah b Mohammad dilantik sebagai pengerusi pertamanya.







Sekolah ini telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan memberansangkan dari segi bilangan murid dan guru. Bermula dari seramai 50 orang murid yang didaftarkan pada tahun 1951, ia mula meningkat ke angka 377 orang pada awal tahun 1980 dan terus betambah kepada 572 orang menjelang akhir tahun tersebut. Guru-guru juga bertambah dari lima orang guru pada tahun permulaan iaitu tahun 1951 kepada 26 orang menjelang tahun pada 1980 an.

Seterusnya pada tahun 2001, seramai 40 orang tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini dengan bilangan murid seramai 746 orang di bawah pentadbiran Guru Besar Puan Mahani bt Ismail sehingga pada tahun 2004.


Dua buah bangunan tambahan sedang dalam proses pembinaan

Pada tahun 2011, tersergam dua buah bangunan empat tingkat bagi memenuhi keperluan masa kini yang menempatkan bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik j-QAF, bilik kesihatan, bilik muzik, koperasi, perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik bimbingan dan kaunseling, dan bilik sukan.  


Read more ...

Sunday 3 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1434h

Pada Ahad, 27 Januari 2013, sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Perhimpunan pagi bermula pada jam 7.45 pagi dengan ucapan Ketua Panitia Agama Islam, Puan Najdah bt Hj.Mohd Nawi. Seterusnya perasmian Minggu PSS bersama Panitia Agama Islam oleh Guru Besar, Encik Ismail b Salleh diiringi Puan Hasnah bt Md.Zin, GPK Kurikulum beserta dengan gimik perasmian. Seterusnya perarakan dan berhenti rehat serta minum pagi di Masjid Kg.Pak Madah sebelum bertolak kembali ke sekolah pada jam 11.00 pagi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan sama ada secara langsung atau tidak.


Ucapan Ketua Panitia Agama Islam, Puan Najdah bt Hj.Mohd Nawi




Perasmian dan gimik





Bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan untuk perarakan

Puan Najdah sentiasa memastikan program berjalan dengan lancar


Penderitaan warga Palestin tidak dilupakan


Berbaris bersama-sama


YDP PIBG turut hadir memberi sokongan 

Ceramah Maulidurrasul oleh En.Maliha @ Abd.Aziz b Harun


Murid-murid memberi tumpuan mendengar ceramah



Read more ...